Tuesday, January 11, 2011

Kenang dek untung!!



lapar? sayur yg terbaik....
Hari-hari merungut sendiri. Hari-hari juga kocek kuseluk. Harap-harap ada seposen dua buat menggenap baki duit seringgit. Lambat benar PTPTN masuk. Ah, aku rimas. Hari-hari makan nasi berlauk telur.telur pula bahagi 3. Kuah kicap pekat masin .pembuka selera pemati rasa.  azira pula hari-hari cicah budu. Ada serinya budu mungkin sampai impaknya bikin azira tak senang duduk.,Katanya  kalau sehari tak jamah budu, tengok dari jauh pun jadilah. Memang macam-macam rasa ujarnya dia . menjilat jari, kaki segala. Pun perut bergazal pohon diisi, tetap juga duit tak mencukupi.
Mee segera, sakit pun segera! tidak gemar aku menjamahnya lantaran kesan jangka panjangnya yang ku tahu benar-benar memudaratkan. Tahu-tahu saja nanti jadi obesiti, tak pun penyakit berbahaya menjadi-jadi . Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan kenyang, kenyang makan diri. Apa-apa saja penyakit menjengah lantaran MSG. mereka apa tahu! Yang diingin hanyalah mengisi perut sekadar-sekadar. Pun begitu kesihatan itu aset tak terkejar.. Tak ternilai tak terbandingan.
Aiseh, ke situ dah pulak.

Hari-hari menung jauh.
“manja, jom gi makan,” ajak azira beria-ia.kalau belanja bolehlah ku angguk menandakan “ya”. Perut menangis pinta diisi.
Namun tiada tanda seperti di damba.
Azira pantas berlalu, bila aku tak mengangguk memberitahu. Huh… mengeluh kesekian kali. Sedih rasa tak terperi. Keroncong perut berbunyi lagi. Beginilah lagaknya seorang Manja, bila PT tak kunjung tiba.  
Ada harapan!
Pantas telefon bimbit kucapai.
“ hello mak, bapak ada tak?”
Selalunya jarang telefon rumah didail . kalau tak kerana takut malam tak terisi dengan lelap lantaran ngantuk dalam lapar, tak ku kepingin menelefon rumah. Bertanya khabar jauh sekali.
Duit punya pasal!

Janji kutabur., bahawasanya, bila masuk PT nanti, duit belanja akan ku hambur. Seorang ayah berhati luhur. Seorang ibu berjiwa mahsyur… jiwa mereka Berjaya kulentur. Akhirnya emak memberi belanja dapur. Esoknya hanya sayur mampu dilayur. Mereka berlapar lagi. Sebuah episod tiada henti. 

Duit !duit!duit!
Sudah dapat duit belanja.
Kasut baru, buku baru.. fuh.pastinya novel genre cinta. Isinya sarat isi berita. Fantasi dunia direka-reka. Itulah yang ku mahu. Hidup dalam rekaan semata!
Semua baru!!!
…………………………………………………
Hari itu tiba. Duit PT masuk berpesta. Malam gelap terasa bercahaya. Siang terang menambah ceria. Yahoo!!
 Duit PT datang bergolek. Hutang ayah dibolak balik. Keluarga di rumah menangis asyik. Lantaran dia yang tak bayar balik…. Alahai… adakah patut….

Janji tinggal janji. Mudah benar mengikat janji.
…………………………………………..
Aku duduk, memandang ke luar. Bias-bias cahaya muncul dari riak air selepas hujan. Bertakung di jalan bertar. Benarlah, kusangka panas di tengah hari, rupanya hujan membasah bumi. Terkuyup segala, terlupa yang nyata. . Namun mentari mengasyik lagi.
Terjujuh air mata, kenangan lama menerpa.
“ mak nak pergi mana?” tanyaku ingin tahu. Masa itu aku baharu darjah 2.
“ nak pergi sana sekejap.” Mak menuding ke  arah sebuah bangunan lama. Batu bata di sini sana. Kukira bangunan itu bakal diruntuhkan.
“ owh.. nak ikut…” rengekku berulang kali.
 Aku sering mengikut emak ke bangunan itu. Untuk sebuah agenda tersembunyi.
Lalu langkahnya kubuntuti. Gemar bermain di bangunan itu. Ada hasil tak terkira.
Wah… timbunan” emas” di depan mata. Pastinya tinggalan pekerja yang membersih sekitarnya.
Dikutip satu persatu. Tin kosong berdeting bunyi. Dalam guni diikat tali. Akhirnya sebuah rezeki, diperoleh kala dini hari.
Ku lihat wajah emak. Ada seri terpancar persis pengantin malu di pelamin dunia. Peluhnya diseka, dengan tuala usuh berwarna jingga.

2 jam di situ, sedikit awal dari kebiasaan. Bang magrib dilagu sayu. Kembali kerumah kira-kira 5 meter lagi. Lauknya pasti sedap esok hari. Bukankah sudah beroleh untung hari ini.?Wajah terukir puas, senyum sendiri.
Saatnya tiba, emak dan bapak ke kilang memproses tin. Aku dan 6 beradik yang lain duduk bersila, menanti  sabar. Dari pagi mereka ke sana. Batang dagu pun belum terbayang. Lalu perut berlagu malang.
Kakak segera ke dapur. Adik bongsu menangis kecil. Susu tin habis lagi. Mana mungkin perut dibiarkan merengek tangis. Kerak nasi terendam. diangkat dari air yang menenggelam.
Kami sekaliannya senyum lebar. Dari bibir memanjang ke telinga.
Sudah boleh dikikis!
Lalu dimasukkan ke dalam pinggan. Digaul sebati dengan gula. Ditambah garam penyukup rasa. Adik pinta ditambah lagi. Sayangnya kerak nasi sedikit kali.
Itulah sebuah menu istimewa. Dijamah dilahap kesekiannya. Hatta ikan tak kelihatan. Lauk kosong jadi habuan.

Kembali ke dunia nyata.
Pantas derai berkaca melaju. Menurun ke hidung kerana baringku miring. Sebelah kanan menghadap dinding. Inilah seorang aku. Harusnya kenang dek untung. Baharu PT diperolehi, laksana bulan dijunjung tinggi. Bagaimana nanti suatu hari? Beroleh kerjaya bergaji tinggi.. lupakah diri??


Wangnya RMxxxx. Pinjamannya ku kembalikan. Hasilnya kami makan bersama. Walau sekadar duit PT!


Thursday, December 2, 2010

bantu saya, katakan saya seorang pengingat!!!

Pelupa atau cuai?
 

Suatu pagi yang cerah.

Aku pelajar junior yang mendengar kata. (almaklum, kena ada ukhuwah dengan kakak senior.)
“ manja, tolong belikan akak minyak angin cap “kepala sungai Amerika” balik nanti ya..akak tak sihat sikit”
“ yea kak insyaAllah..” jawabku meyakinkan,ikhlas.
Suasana pembelajaran yang kondusif. Berlaku soal jawab. Aku yang paling seronok hari itu. Aku kerap memberi dan diberi soalan oleh pensyarah. Almaklum aku memang aktif orangnya.
Seusai  kelas, aku menuju ke pondok bas. Fikiran dan hatiku bertelagah.  seakan-akan ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Tapi apa ya?
Aku pulang dengan riang.
“ manja, mana minyak tu? soalnya melihat ku pulang dengan tangan kosong.
Rasa bersalah menyelubung.
“ tak apalah manja, nanti akak telefon kak min suruh belikan..” nadanya kesal.
Aku diam. Rasa bersalah. Pelupa aku rupanya. Aku tak mahu mengulanginya!

Hujan turun dengan malu-malu tersipu.

Hari ini, aku membeli board  untuk digantung di bilik kolej. Sebagai penanda “what to do list”. Aku beli 3 keping, lebih dari orang lain.
Riang. Aku berjalan ke gerai makan di pinggir jalan. Sambil membawa board tersebut..  Seperti biasa, aku berjalan seorang diri. Terliur aku melihat kuih yang pelbagai. Perut pun lapar, berdendang aktif dari biasa.
Wah, ada jagung susu cawan. Aku singgah untuk “ mai secawan”. Kegemaranku sejak kecil. Gembira rasanya.
Sekonyong-konyong aku berjalan menuju ke arah bas. Jagung panas sedap dimakan. Aku masuk ke dalam bas dengan riang. Duduk dan menghayati aroma dan keenakan jagung panas.di selimuti rasa sejuk yang malu. Memang enak dan mempesona.
Bus bergerak perlahan.  Berhenti di traffic light.
Hatiku sedikit gundah. Tapi aku tak terus melatah.
Aku senyum.menjamah dahi. Ya,aku terlupa “ board” tadi.
Memasang niat dalam hati, kembali ke gerai jagung panas keesokan hari.

Redup terasa,tidur pun nyaman.

Hasrat awal mahu mengangkat kain jemuran yang sudah kering. Sukar benar melihat mentari memancar lewat ribut yang selalu melanda ini.
Aku lelap sebentar. Hujan pula mulai turun. Mula membasah tanah, dan semakin melebat.
Aku bangun kejap-kejap. Serasa ada yang perlu kulakukan.
Aku bangun,.terkejut dek guruh yang menggarang, kilat yang menyabung.
Allah,terlupa sesuatu bukan...
Aku bingkas bangun dan mengangkat kain yang tersidai.
Basah semula.
Aku senyum. Aku kerap begini. Allah kerap menguji. Bukankah aku tenang.?

Pagi nirmala,memancar dengan terang
Waktu dhuha. Aku berdoa pada Allah agar ditambah rezeki,dikuatkan daya ingatan. tapi masih terfikir,aku cuai atau pelupa?

Hari ini juga cerah. Aku bangun dengan doa pagi dan doa bangun tidur.
Lalai yang lain,pada Allah tidak mungkin ku lalai.
Aku mencatat “what to do list” di kiri laptop. Sebuah nota kecil di dalam beg juga di telefon. Gunakan kemudahan sebaiknya.
Aku ke kelas pagi itu agak lewat. Sudah agak penuh kelas dengan pelajar. Tapi aku belum berapa mengenali, walaupun beberapa kali bersua. Hanya ingat satu dua nama.
Maafkan aku kalau kurang mengenali kalian.
Aku duduk ke dalam kelas. Semuanya memandangku.  Nah, apa kesalahan aku ya?
Tapi aku tenang dan tabah. Seorang pelajar membisik.wanita.
“ adik, adik ambik subjek Pengurusan Haiwan ye?”soalnya ramah
Aku membalas senyumannya. Tak cepat kalut. “ taklah kak, saya ambik komunikasi daun”.
“Kelas ni apa ya?”
“ TK 1”
Aku mengira dalam hati. Aku kelas TK 2. “ owh, saja saya singgah,”
 Dia ketawa.  
Aku tenang. Bukan ada apa-apa untuk dimalukan.
Aku keluar dan senyum. Tak malu pun.

Hari-hari semakin cerah.
Aku kerap tertinggal barang. Di dalam bas. Dua kali telefon bimbit ku hilang. Aku membeli yang baru. Kerap juga tertinggal uncang duit di kedai-kedai. Tapi Allah kembalikan.
Pernah juga tidak hadir ke kelas kerana tersilap masa.pernah terlambat penerbangan kerana tersilap bas. Pelupa itu perkara biasa, tapi aku telah melangkau jangkauan yang sepatutnya.
Tidak ingat nama sahabat sekelas padahal sudah hampir 2 3 tahun belajar bersama. Ada yang berkecil hati. Tapi itu bukan kemahuanku. Kalau saja mereka mahu memahami. Tapi aku hanya tersenyum. Aku mengajak hati dan minda duduk berbual bicara. apa mungkin tumpul ingatan lantaran kurangnya amalan?

terkadang Kehilangan kasut kerana salah memasuki bilik komputer, lalu pergi ke kedai untuk membeli kasut yang baru. Atau lupa membawa payung semasa si pekan, lalu membeli payung yang baru kerana hujan lebat, aku tak banyak melatah.
 aku gembira.hatiku tenang sahaja. Sebab kesabaran pertama pada saat kesukaran bukankah sebuah kebaikan?

satu hari aku ke fakulti untuk menghantar surat penambahan jam kredit. Tingkat 4 sahaja, tapi tiada lif. Penyaman udara juga tak berfungsi. Termengah aku membilang tangga.
Aku kemudiannya ke kafe perpustakaan. Memesan secawan milo panas, sandwich dan nasi lemak. Aku membawanya ke meja makan. Kemudiannya aku ke bilik buku untuk membeli majalah dewan siswa dan tunas cipta.
Aku kembali ke meja makan. Membuka mulut untuk sesuap nasi lemak. Tangan kanan pula meraba-raba isi beg. Telefon baruku tercicir dimana?
Aku mulai kalut sedikit. Namun fikiran pula masih kuat memaksa jiwa supaya bersabar.ya, aku tenang dan bersabar, . membujuk hati. Mengatakan bahawa jika ianya milikku, Allah akan kembalikan padaku.
aku Berulang alik ke kafe makanan dan bilik buku.
“ salam manja..”satu suara menegur.wanita.
“ salam kembali..” aku melemparkan senyum.manis seperti selalu.
“sorang je?”
Aku melayannya berbicara. Tidak kukhabarkan kekhuatiranku terhadap telefon yang hilang. Tidak juga kuberitakan bahawa aku tengah dalam usaha mencarinya. Nasi hanya sempat dijamah oleh jari.
Dia mundur untuk suatu urusan. Aku kembali mencari barang yang hilang.
Aku kembali ke fakulti. Makanan ku tinggalkan dengan surat khabar sebagai penutup. Masih berlagak tenang.untuk apa sebuah kekalutan?
Berjalan cepat tapi masih tenang. Masuk ke bilik urusan, Aku bertanya pada kakitangan yang bertugas. pada awalnya aku ingin membatalkan niat.
Selepas dicirikan barang yang hilang,aku memperolehnya semula. Benar bukan, milikku tetap akan kembali padaku. Kemudian aku berlari cepat ke arah kafe makanan . kasihan makananku lama menunggu.
Tapi aku mula diburu gelisah. Kecuaian atau kelupaan?atau mula menjangkau kedua-duanya?

Malam menjelang.
Aku duduk berteleku dihadapan Allah. Butir-butir cinta jatuh menuruni pipi. Takut dan harap pada Dia. Gementar andai sebuah kelupaan adalah imbalan dosa-dosa. Moga Allah ampunkan.
Aku berdoa Allah tidak menghilangkan cintaku padaNya dan PesuruhNYA, walaupun minda ku kerap hilang memorinya.
Aku muhasabah diri. Aku masih mengingati peristiwa lampau dengan baik. Malah mampu mengolahnya semula. Namun aku kerap lupa pada peristiwa semasa. Atau aku sendiri yang membiarkannya terlupa?
Sengaja berperang dengan perasaan, atau membiarkan syaitan membisik dan menyuntiknya? Pelupa atau lalai dengan sebuah kesedaran yang nyata?

           Suatu hari..setelah beberapa ketika.

aku duduk di meja makan di sebuah lapangan terbang. Untuk kembali ke kampung halaman di Kuching. Aku mula menaip sebaris-sebaris peristiwa tentang sifatku yang lupa dan lalai,, supaya aku tidak lupa saat aku yang selalu lupa. Aku senyum. Sebenarnya sebuah anugerah pada lupa dan lalaiku. Aku mudah lupakan kesalahan orang lain. Aku mudah lupakan keburukan orang lain. Dan Aku ......
ya Allah, jam sudah pukul 4.30. aku lupa untuk “ check in”.. penerbanganku pukul 5. 20 .Sejam awal sudah harus di “ boarding”.
Aku juga belum solat asar. Sejanak air mata jatuh melaju. Deras. Kalut.
Dalam perjalanan ke kaunter, aku senyum. Bukankah aku telah jamak takdim tadi. Dan bukankah suamiku telah membantuku “check in”.. dan sekarang,
Jangan pula aku lupa aku dah bersuami. ^0^.

Tapi aku tak pernah lupa pada jasa mereka yang berbakti padaku. Tak mungkin aku lupa pada Allah. Tak mungkin aku tinggalkan sunnatullah.insyaAllah Lupa atau lalai? Lupakan saja..

p,s: rupanya lupa nak bagik kunci kolej kat kawan.. terpaksa hantar guna pos.. huhu.. 

Saturday, November 27, 2010

selamat melahirkan anak wahai lembu

pengalaman tak terbeli...
beraya haji di rumah sahabat memperlihat keindahan ciptaan Allah. pastinya pengalaman ini tak bisa dibeli di kampus atau di pasar malam.. terima kasih Allah atas sebuah pengalaman
p's: lembu tu sukar nak beranak, kesian tengok, nak tengok rpat takut ada pacat.. hehe

Wednesday, October 27, 2010

saje-saje nak ingatkan!!!

salam sahabat..




nak cakap ni bukan khutbahlah .. pernah fikir tak, kalau tiba-tiba kita bukak mata dan yang kita lihat bukan dinding bilik kita... tiba-tiba kita takleh gerak dan yang ada papan dan tanah cuma... apa perasaan lah ye...



bukan jugak nasihat.. pernah tak kita fikir, kat mana perginya makanan yang kita makan .. baik ke tidak, halal ke tidak.. .. jangan pulak kita hidup untuk makan, tapi cukuplah makan untuk hidup.., kita apa yang kita makan.. makanlah sebelum lapar, berenti tu sebelum kenyang dan bukannya lepas perut memboroi taktau nak letak kat mana.. konon makan nak bagik tenaga, tapi yang datang ngantuk dan malas belake..



katanya tak nak makan makanan tak berzat, takut tak sihat...... katanya jugak, ambik yg halal saje.. takut nanti Allah tak terima.. ... tapi yang pelik lagi takpercaya, kalau halal tu dia ambik berat tahap maksima(kononnnya), tapi yg halal part lainnya buat pandang sebelah mata.. part yg mana pule??

beginiler,, aku ni carik yg halal.. tapi "couple-couple" ,tak lah terlalu kisah, . pegang2 pun bukannya susah.. nanti-nanti aku taubatlah.. hidup aku, nafsi-nafsi katenye.. tapi takkanlah aku nak tutup mata tuli telinga, ...e eh,  lihat si dia, pimpin tangan mengalahkan laki bini beranak dua.. lembutnya bicara.. alahai, macam buluh perindu bahagia semerta.. bergetar segala tangkai jiwa, tersedut kentut dikata tak ape.. lepas kawen takyah cta.. faham-faham saje ler...



wahai kawan-kawan.. kenapa bila aku salah taknak diingatkan... tapi umpat ikut belakang.. sudahnya dosa datang bertandang.. takkah rugi tak terbilang.. cakap saje depan-depan.. tapi usahlah dihambur macam halilipan.. sampai telinga aku tak tahan. guna lah bahasa yg lembut sopan.. menusuk ke jantung, tak rasa pun terbeban.. itu baru nama kawan...



dalam, berkawan, makan, dan segala yg diperlakukan,.. adakah manfaat untuk hari kemudian.. ?? kalau duit hilang, seharian mencari rasa kesedihan.. berkira-kira nak belanja kawan,.. bukannya duit seposen dua kann?? tapi bila masa terbuang, tak de pulak rasa kekecewaan.. sedangkan masa lebih tinggi nilainya.. hatta emas pun tak terbandingan.. masa juga makhluk, tapi orang jarang ambik peduli.. takkah sedih dia.. ?? kesian selayaknya... tapi takpe, kawan kta ramai... tapi kat kubur nanti, tak sorang pun nak teman..



wahai kawan-kawan .. kenal apa tidak, aku sekadar nak ingatkan diri, tapi tertulis sebegini panjang.. moga Allah merahmati.. hubungan kita kekal abadi.. dulu , kini... ke syurga hakiki...



kawan......
moga sama mengingatkan...

Saturday, October 23, 2010

resah..

resah>>>>

saat tinta mencorakkan wajah ruangan, jiwa resah semerta.. barangkali berang dengan dunia yg seakan tidak menyapa mesra..

saat tinta membuihkan kata di laut ruangan, jiwa resah segala.. barangkali berang dengan nyawa yg semakin sampai ke kerongkongan..

saat tinta menghembuskan angin salam di awanan.. jiwa masih resah, .. pastinya dendam pada lemahnya diri yg tak sudah..

saat tinta menangguhkan cerita di cinta alam,,
jiwa semakin resah, kelopak mata semakin membasah, mengalirkan syahdu rindu bahagia di balik ceria.. hati semakin malam,.. hanya menunggu cerah sinar cinta Tuhan..

datanglah...