Thursday, December 2, 2010

bantu saya, katakan saya seorang pengingat!!!

Pelupa atau cuai?
 

Suatu pagi yang cerah.

Aku pelajar junior yang mendengar kata. (almaklum, kena ada ukhuwah dengan kakak senior.)
“ manja, tolong belikan akak minyak angin cap “kepala sungai Amerika” balik nanti ya..akak tak sihat sikit”
“ yea kak insyaAllah..” jawabku meyakinkan,ikhlas.
Suasana pembelajaran yang kondusif. Berlaku soal jawab. Aku yang paling seronok hari itu. Aku kerap memberi dan diberi soalan oleh pensyarah. Almaklum aku memang aktif orangnya.
Seusai  kelas, aku menuju ke pondok bas. Fikiran dan hatiku bertelagah.  seakan-akan ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Tapi apa ya?
Aku pulang dengan riang.
“ manja, mana minyak tu? soalnya melihat ku pulang dengan tangan kosong.
Rasa bersalah menyelubung.
“ tak apalah manja, nanti akak telefon kak min suruh belikan..” nadanya kesal.
Aku diam. Rasa bersalah. Pelupa aku rupanya. Aku tak mahu mengulanginya!

Hujan turun dengan malu-malu tersipu.

Hari ini, aku membeli board  untuk digantung di bilik kolej. Sebagai penanda “what to do list”. Aku beli 3 keping, lebih dari orang lain.
Riang. Aku berjalan ke gerai makan di pinggir jalan. Sambil membawa board tersebut..  Seperti biasa, aku berjalan seorang diri. Terliur aku melihat kuih yang pelbagai. Perut pun lapar, berdendang aktif dari biasa.
Wah, ada jagung susu cawan. Aku singgah untuk “ mai secawan”. Kegemaranku sejak kecil. Gembira rasanya.
Sekonyong-konyong aku berjalan menuju ke arah bas. Jagung panas sedap dimakan. Aku masuk ke dalam bas dengan riang. Duduk dan menghayati aroma dan keenakan jagung panas.di selimuti rasa sejuk yang malu. Memang enak dan mempesona.
Bus bergerak perlahan.  Berhenti di traffic light.
Hatiku sedikit gundah. Tapi aku tak terus melatah.
Aku senyum.menjamah dahi. Ya,aku terlupa “ board” tadi.
Memasang niat dalam hati, kembali ke gerai jagung panas keesokan hari.

Redup terasa,tidur pun nyaman.

Hasrat awal mahu mengangkat kain jemuran yang sudah kering. Sukar benar melihat mentari memancar lewat ribut yang selalu melanda ini.
Aku lelap sebentar. Hujan pula mulai turun. Mula membasah tanah, dan semakin melebat.
Aku bangun kejap-kejap. Serasa ada yang perlu kulakukan.
Aku bangun,.terkejut dek guruh yang menggarang, kilat yang menyabung.
Allah,terlupa sesuatu bukan...
Aku bingkas bangun dan mengangkat kain yang tersidai.
Basah semula.
Aku senyum. Aku kerap begini. Allah kerap menguji. Bukankah aku tenang.?

Pagi nirmala,memancar dengan terang
Waktu dhuha. Aku berdoa pada Allah agar ditambah rezeki,dikuatkan daya ingatan. tapi masih terfikir,aku cuai atau pelupa?

Hari ini juga cerah. Aku bangun dengan doa pagi dan doa bangun tidur.
Lalai yang lain,pada Allah tidak mungkin ku lalai.
Aku mencatat “what to do list” di kiri laptop. Sebuah nota kecil di dalam beg juga di telefon. Gunakan kemudahan sebaiknya.
Aku ke kelas pagi itu agak lewat. Sudah agak penuh kelas dengan pelajar. Tapi aku belum berapa mengenali, walaupun beberapa kali bersua. Hanya ingat satu dua nama.
Maafkan aku kalau kurang mengenali kalian.
Aku duduk ke dalam kelas. Semuanya memandangku.  Nah, apa kesalahan aku ya?
Tapi aku tenang dan tabah. Seorang pelajar membisik.wanita.
“ adik, adik ambik subjek Pengurusan Haiwan ye?”soalnya ramah
Aku membalas senyumannya. Tak cepat kalut. “ taklah kak, saya ambik komunikasi daun”.
“Kelas ni apa ya?”
“ TK 1”
Aku mengira dalam hati. Aku kelas TK 2. “ owh, saja saya singgah,”
 Dia ketawa.  
Aku tenang. Bukan ada apa-apa untuk dimalukan.
Aku keluar dan senyum. Tak malu pun.

Hari-hari semakin cerah.
Aku kerap tertinggal barang. Di dalam bas. Dua kali telefon bimbit ku hilang. Aku membeli yang baru. Kerap juga tertinggal uncang duit di kedai-kedai. Tapi Allah kembalikan.
Pernah juga tidak hadir ke kelas kerana tersilap masa.pernah terlambat penerbangan kerana tersilap bas. Pelupa itu perkara biasa, tapi aku telah melangkau jangkauan yang sepatutnya.
Tidak ingat nama sahabat sekelas padahal sudah hampir 2 3 tahun belajar bersama. Ada yang berkecil hati. Tapi itu bukan kemahuanku. Kalau saja mereka mahu memahami. Tapi aku hanya tersenyum. Aku mengajak hati dan minda duduk berbual bicara. apa mungkin tumpul ingatan lantaran kurangnya amalan?

terkadang Kehilangan kasut kerana salah memasuki bilik komputer, lalu pergi ke kedai untuk membeli kasut yang baru. Atau lupa membawa payung semasa si pekan, lalu membeli payung yang baru kerana hujan lebat, aku tak banyak melatah.
 aku gembira.hatiku tenang sahaja. Sebab kesabaran pertama pada saat kesukaran bukankah sebuah kebaikan?

satu hari aku ke fakulti untuk menghantar surat penambahan jam kredit. Tingkat 4 sahaja, tapi tiada lif. Penyaman udara juga tak berfungsi. Termengah aku membilang tangga.
Aku kemudiannya ke kafe perpustakaan. Memesan secawan milo panas, sandwich dan nasi lemak. Aku membawanya ke meja makan. Kemudiannya aku ke bilik buku untuk membeli majalah dewan siswa dan tunas cipta.
Aku kembali ke meja makan. Membuka mulut untuk sesuap nasi lemak. Tangan kanan pula meraba-raba isi beg. Telefon baruku tercicir dimana?
Aku mulai kalut sedikit. Namun fikiran pula masih kuat memaksa jiwa supaya bersabar.ya, aku tenang dan bersabar, . membujuk hati. Mengatakan bahawa jika ianya milikku, Allah akan kembalikan padaku.
aku Berulang alik ke kafe makanan dan bilik buku.
“ salam manja..”satu suara menegur.wanita.
“ salam kembali..” aku melemparkan senyum.manis seperti selalu.
“sorang je?”
Aku melayannya berbicara. Tidak kukhabarkan kekhuatiranku terhadap telefon yang hilang. Tidak juga kuberitakan bahawa aku tengah dalam usaha mencarinya. Nasi hanya sempat dijamah oleh jari.
Dia mundur untuk suatu urusan. Aku kembali mencari barang yang hilang.
Aku kembali ke fakulti. Makanan ku tinggalkan dengan surat khabar sebagai penutup. Masih berlagak tenang.untuk apa sebuah kekalutan?
Berjalan cepat tapi masih tenang. Masuk ke bilik urusan, Aku bertanya pada kakitangan yang bertugas. pada awalnya aku ingin membatalkan niat.
Selepas dicirikan barang yang hilang,aku memperolehnya semula. Benar bukan, milikku tetap akan kembali padaku. Kemudian aku berlari cepat ke arah kafe makanan . kasihan makananku lama menunggu.
Tapi aku mula diburu gelisah. Kecuaian atau kelupaan?atau mula menjangkau kedua-duanya?

Malam menjelang.
Aku duduk berteleku dihadapan Allah. Butir-butir cinta jatuh menuruni pipi. Takut dan harap pada Dia. Gementar andai sebuah kelupaan adalah imbalan dosa-dosa. Moga Allah ampunkan.
Aku berdoa Allah tidak menghilangkan cintaku padaNya dan PesuruhNYA, walaupun minda ku kerap hilang memorinya.
Aku muhasabah diri. Aku masih mengingati peristiwa lampau dengan baik. Malah mampu mengolahnya semula. Namun aku kerap lupa pada peristiwa semasa. Atau aku sendiri yang membiarkannya terlupa?
Sengaja berperang dengan perasaan, atau membiarkan syaitan membisik dan menyuntiknya? Pelupa atau lalai dengan sebuah kesedaran yang nyata?

           Suatu hari..setelah beberapa ketika.

aku duduk di meja makan di sebuah lapangan terbang. Untuk kembali ke kampung halaman di Kuching. Aku mula menaip sebaris-sebaris peristiwa tentang sifatku yang lupa dan lalai,, supaya aku tidak lupa saat aku yang selalu lupa. Aku senyum. Sebenarnya sebuah anugerah pada lupa dan lalaiku. Aku mudah lupakan kesalahan orang lain. Aku mudah lupakan keburukan orang lain. Dan Aku ......
ya Allah, jam sudah pukul 4.30. aku lupa untuk “ check in”.. penerbanganku pukul 5. 20 .Sejam awal sudah harus di “ boarding”.
Aku juga belum solat asar. Sejanak air mata jatuh melaju. Deras. Kalut.
Dalam perjalanan ke kaunter, aku senyum. Bukankah aku telah jamak takdim tadi. Dan bukankah suamiku telah membantuku “check in”.. dan sekarang,
Jangan pula aku lupa aku dah bersuami. ^0^.

Tapi aku tak pernah lupa pada jasa mereka yang berbakti padaku. Tak mungkin aku lupa pada Allah. Tak mungkin aku tinggalkan sunnatullah.insyaAllah Lupa atau lalai? Lupakan saja..

p,s: rupanya lupa nak bagik kunci kolej kat kawan.. terpaksa hantar guna pos.. huhu.. 

No comments:

Post a Comment