Thursday, December 2, 2010

bantu saya, katakan saya seorang pengingat!!!

Pelupa atau cuai?
 

Suatu pagi yang cerah.

Aku pelajar junior yang mendengar kata. (almaklum, kena ada ukhuwah dengan kakak senior.)
“ manja, tolong belikan akak minyak angin cap “kepala sungai Amerika” balik nanti ya..akak tak sihat sikit”
“ yea kak insyaAllah..” jawabku meyakinkan,ikhlas.
Suasana pembelajaran yang kondusif. Berlaku soal jawab. Aku yang paling seronok hari itu. Aku kerap memberi dan diberi soalan oleh pensyarah. Almaklum aku memang aktif orangnya.
Seusai  kelas, aku menuju ke pondok bas. Fikiran dan hatiku bertelagah.  seakan-akan ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Tapi apa ya?
Aku pulang dengan riang.
“ manja, mana minyak tu? soalnya melihat ku pulang dengan tangan kosong.
Rasa bersalah menyelubung.
“ tak apalah manja, nanti akak telefon kak min suruh belikan..” nadanya kesal.
Aku diam. Rasa bersalah. Pelupa aku rupanya. Aku tak mahu mengulanginya!

Hujan turun dengan malu-malu tersipu.

Hari ini, aku membeli board  untuk digantung di bilik kolej. Sebagai penanda “what to do list”. Aku beli 3 keping, lebih dari orang lain.
Riang. Aku berjalan ke gerai makan di pinggir jalan. Sambil membawa board tersebut..  Seperti biasa, aku berjalan seorang diri. Terliur aku melihat kuih yang pelbagai. Perut pun lapar, berdendang aktif dari biasa.
Wah, ada jagung susu cawan. Aku singgah untuk “ mai secawan”. Kegemaranku sejak kecil. Gembira rasanya.
Sekonyong-konyong aku berjalan menuju ke arah bas. Jagung panas sedap dimakan. Aku masuk ke dalam bas dengan riang. Duduk dan menghayati aroma dan keenakan jagung panas.di selimuti rasa sejuk yang malu. Memang enak dan mempesona.
Bus bergerak perlahan.  Berhenti di traffic light.
Hatiku sedikit gundah. Tapi aku tak terus melatah.
Aku senyum.menjamah dahi. Ya,aku terlupa “ board” tadi.
Memasang niat dalam hati, kembali ke gerai jagung panas keesokan hari.

Redup terasa,tidur pun nyaman.

Hasrat awal mahu mengangkat kain jemuran yang sudah kering. Sukar benar melihat mentari memancar lewat ribut yang selalu melanda ini.
Aku lelap sebentar. Hujan pula mulai turun. Mula membasah tanah, dan semakin melebat.
Aku bangun kejap-kejap. Serasa ada yang perlu kulakukan.
Aku bangun,.terkejut dek guruh yang menggarang, kilat yang menyabung.
Allah,terlupa sesuatu bukan...
Aku bingkas bangun dan mengangkat kain yang tersidai.
Basah semula.
Aku senyum. Aku kerap begini. Allah kerap menguji. Bukankah aku tenang.?

Pagi nirmala,memancar dengan terang
Waktu dhuha. Aku berdoa pada Allah agar ditambah rezeki,dikuatkan daya ingatan. tapi masih terfikir,aku cuai atau pelupa?

Hari ini juga cerah. Aku bangun dengan doa pagi dan doa bangun tidur.
Lalai yang lain,pada Allah tidak mungkin ku lalai.
Aku mencatat “what to do list” di kiri laptop. Sebuah nota kecil di dalam beg juga di telefon. Gunakan kemudahan sebaiknya.
Aku ke kelas pagi itu agak lewat. Sudah agak penuh kelas dengan pelajar. Tapi aku belum berapa mengenali, walaupun beberapa kali bersua. Hanya ingat satu dua nama.
Maafkan aku kalau kurang mengenali kalian.
Aku duduk ke dalam kelas. Semuanya memandangku.  Nah, apa kesalahan aku ya?
Tapi aku tenang dan tabah. Seorang pelajar membisik.wanita.
“ adik, adik ambik subjek Pengurusan Haiwan ye?”soalnya ramah
Aku membalas senyumannya. Tak cepat kalut. “ taklah kak, saya ambik komunikasi daun”.
“Kelas ni apa ya?”
“ TK 1”
Aku mengira dalam hati. Aku kelas TK 2. “ owh, saja saya singgah,”
 Dia ketawa.  
Aku tenang. Bukan ada apa-apa untuk dimalukan.
Aku keluar dan senyum. Tak malu pun.

Hari-hari semakin cerah.
Aku kerap tertinggal barang. Di dalam bas. Dua kali telefon bimbit ku hilang. Aku membeli yang baru. Kerap juga tertinggal uncang duit di kedai-kedai. Tapi Allah kembalikan.
Pernah juga tidak hadir ke kelas kerana tersilap masa.pernah terlambat penerbangan kerana tersilap bas. Pelupa itu perkara biasa, tapi aku telah melangkau jangkauan yang sepatutnya.
Tidak ingat nama sahabat sekelas padahal sudah hampir 2 3 tahun belajar bersama. Ada yang berkecil hati. Tapi itu bukan kemahuanku. Kalau saja mereka mahu memahami. Tapi aku hanya tersenyum. Aku mengajak hati dan minda duduk berbual bicara. apa mungkin tumpul ingatan lantaran kurangnya amalan?

terkadang Kehilangan kasut kerana salah memasuki bilik komputer, lalu pergi ke kedai untuk membeli kasut yang baru. Atau lupa membawa payung semasa si pekan, lalu membeli payung yang baru kerana hujan lebat, aku tak banyak melatah.
 aku gembira.hatiku tenang sahaja. Sebab kesabaran pertama pada saat kesukaran bukankah sebuah kebaikan?

satu hari aku ke fakulti untuk menghantar surat penambahan jam kredit. Tingkat 4 sahaja, tapi tiada lif. Penyaman udara juga tak berfungsi. Termengah aku membilang tangga.
Aku kemudiannya ke kafe perpustakaan. Memesan secawan milo panas, sandwich dan nasi lemak. Aku membawanya ke meja makan. Kemudiannya aku ke bilik buku untuk membeli majalah dewan siswa dan tunas cipta.
Aku kembali ke meja makan. Membuka mulut untuk sesuap nasi lemak. Tangan kanan pula meraba-raba isi beg. Telefon baruku tercicir dimana?
Aku mulai kalut sedikit. Namun fikiran pula masih kuat memaksa jiwa supaya bersabar.ya, aku tenang dan bersabar, . membujuk hati. Mengatakan bahawa jika ianya milikku, Allah akan kembalikan padaku.
aku Berulang alik ke kafe makanan dan bilik buku.
“ salam manja..”satu suara menegur.wanita.
“ salam kembali..” aku melemparkan senyum.manis seperti selalu.
“sorang je?”
Aku melayannya berbicara. Tidak kukhabarkan kekhuatiranku terhadap telefon yang hilang. Tidak juga kuberitakan bahawa aku tengah dalam usaha mencarinya. Nasi hanya sempat dijamah oleh jari.
Dia mundur untuk suatu urusan. Aku kembali mencari barang yang hilang.
Aku kembali ke fakulti. Makanan ku tinggalkan dengan surat khabar sebagai penutup. Masih berlagak tenang.untuk apa sebuah kekalutan?
Berjalan cepat tapi masih tenang. Masuk ke bilik urusan, Aku bertanya pada kakitangan yang bertugas. pada awalnya aku ingin membatalkan niat.
Selepas dicirikan barang yang hilang,aku memperolehnya semula. Benar bukan, milikku tetap akan kembali padaku. Kemudian aku berlari cepat ke arah kafe makanan . kasihan makananku lama menunggu.
Tapi aku mula diburu gelisah. Kecuaian atau kelupaan?atau mula menjangkau kedua-duanya?

Malam menjelang.
Aku duduk berteleku dihadapan Allah. Butir-butir cinta jatuh menuruni pipi. Takut dan harap pada Dia. Gementar andai sebuah kelupaan adalah imbalan dosa-dosa. Moga Allah ampunkan.
Aku berdoa Allah tidak menghilangkan cintaku padaNya dan PesuruhNYA, walaupun minda ku kerap hilang memorinya.
Aku muhasabah diri. Aku masih mengingati peristiwa lampau dengan baik. Malah mampu mengolahnya semula. Namun aku kerap lupa pada peristiwa semasa. Atau aku sendiri yang membiarkannya terlupa?
Sengaja berperang dengan perasaan, atau membiarkan syaitan membisik dan menyuntiknya? Pelupa atau lalai dengan sebuah kesedaran yang nyata?

           Suatu hari..setelah beberapa ketika.

aku duduk di meja makan di sebuah lapangan terbang. Untuk kembali ke kampung halaman di Kuching. Aku mula menaip sebaris-sebaris peristiwa tentang sifatku yang lupa dan lalai,, supaya aku tidak lupa saat aku yang selalu lupa. Aku senyum. Sebenarnya sebuah anugerah pada lupa dan lalaiku. Aku mudah lupakan kesalahan orang lain. Aku mudah lupakan keburukan orang lain. Dan Aku ......
ya Allah, jam sudah pukul 4.30. aku lupa untuk “ check in”.. penerbanganku pukul 5. 20 .Sejam awal sudah harus di “ boarding”.
Aku juga belum solat asar. Sejanak air mata jatuh melaju. Deras. Kalut.
Dalam perjalanan ke kaunter, aku senyum. Bukankah aku telah jamak takdim tadi. Dan bukankah suamiku telah membantuku “check in”.. dan sekarang,
Jangan pula aku lupa aku dah bersuami. ^0^.

Tapi aku tak pernah lupa pada jasa mereka yang berbakti padaku. Tak mungkin aku lupa pada Allah. Tak mungkin aku tinggalkan sunnatullah.insyaAllah Lupa atau lalai? Lupakan saja..

p,s: rupanya lupa nak bagik kunci kolej kat kawan.. terpaksa hantar guna pos.. huhu.. 

Saturday, November 27, 2010

selamat melahirkan anak wahai lembu

pengalaman tak terbeli...
beraya haji di rumah sahabat memperlihat keindahan ciptaan Allah. pastinya pengalaman ini tak bisa dibeli di kampus atau di pasar malam.. terima kasih Allah atas sebuah pengalaman
p's: lembu tu sukar nak beranak, kesian tengok, nak tengok rpat takut ada pacat.. hehe

Wednesday, October 27, 2010

saje-saje nak ingatkan!!!

salam sahabat..




nak cakap ni bukan khutbahlah .. pernah fikir tak, kalau tiba-tiba kita bukak mata dan yang kita lihat bukan dinding bilik kita... tiba-tiba kita takleh gerak dan yang ada papan dan tanah cuma... apa perasaan lah ye...



bukan jugak nasihat.. pernah tak kita fikir, kat mana perginya makanan yang kita makan .. baik ke tidak, halal ke tidak.. .. jangan pulak kita hidup untuk makan, tapi cukuplah makan untuk hidup.., kita apa yang kita makan.. makanlah sebelum lapar, berenti tu sebelum kenyang dan bukannya lepas perut memboroi taktau nak letak kat mana.. konon makan nak bagik tenaga, tapi yang datang ngantuk dan malas belake..



katanya tak nak makan makanan tak berzat, takut tak sihat...... katanya jugak, ambik yg halal saje.. takut nanti Allah tak terima.. ... tapi yang pelik lagi takpercaya, kalau halal tu dia ambik berat tahap maksima(kononnnya), tapi yg halal part lainnya buat pandang sebelah mata.. part yg mana pule??

beginiler,, aku ni carik yg halal.. tapi "couple-couple" ,tak lah terlalu kisah, . pegang2 pun bukannya susah.. nanti-nanti aku taubatlah.. hidup aku, nafsi-nafsi katenye.. tapi takkanlah aku nak tutup mata tuli telinga, ...e eh,  lihat si dia, pimpin tangan mengalahkan laki bini beranak dua.. lembutnya bicara.. alahai, macam buluh perindu bahagia semerta.. bergetar segala tangkai jiwa, tersedut kentut dikata tak ape.. lepas kawen takyah cta.. faham-faham saje ler...



wahai kawan-kawan.. kenapa bila aku salah taknak diingatkan... tapi umpat ikut belakang.. sudahnya dosa datang bertandang.. takkah rugi tak terbilang.. cakap saje depan-depan.. tapi usahlah dihambur macam halilipan.. sampai telinga aku tak tahan. guna lah bahasa yg lembut sopan.. menusuk ke jantung, tak rasa pun terbeban.. itu baru nama kawan...



dalam, berkawan, makan, dan segala yg diperlakukan,.. adakah manfaat untuk hari kemudian.. ?? kalau duit hilang, seharian mencari rasa kesedihan.. berkira-kira nak belanja kawan,.. bukannya duit seposen dua kann?? tapi bila masa terbuang, tak de pulak rasa kekecewaan.. sedangkan masa lebih tinggi nilainya.. hatta emas pun tak terbandingan.. masa juga makhluk, tapi orang jarang ambik peduli.. takkah sedih dia.. ?? kesian selayaknya... tapi takpe, kawan kta ramai... tapi kat kubur nanti, tak sorang pun nak teman..



wahai kawan-kawan .. kenal apa tidak, aku sekadar nak ingatkan diri, tapi tertulis sebegini panjang.. moga Allah merahmati.. hubungan kita kekal abadi.. dulu , kini... ke syurga hakiki...



kawan......
moga sama mengingatkan...

Saturday, October 23, 2010

resah..

resah>>>>

saat tinta mencorakkan wajah ruangan, jiwa resah semerta.. barangkali berang dengan dunia yg seakan tidak menyapa mesra..

saat tinta membuihkan kata di laut ruangan, jiwa resah segala.. barangkali berang dengan nyawa yg semakin sampai ke kerongkongan..

saat tinta menghembuskan angin salam di awanan.. jiwa masih resah, .. pastinya dendam pada lemahnya diri yg tak sudah..

saat tinta menangguhkan cerita di cinta alam,,
jiwa semakin resah, kelopak mata semakin membasah, mengalirkan syahdu rindu bahagia di balik ceria.. hati semakin malam,.. hanya menunggu cerah sinar cinta Tuhan..

datanglah...

Wednesday, October 6, 2010

4 girls Pictures, Images and Photos

hati ke hati.. daun dan aku.

calitan tintaku: srikandi tinta...
salam wa Bismillah...


 Hamba pada hakikatnya tidak dapat mendodoi mata untuk menikmati keberaduan nikmat Tuhan. Maka hamba yakin bahawa Allah sengaja memberikan ruang ini buat hamba mencoretkan sesuatu pada laman ini. Kalau boleh, biarlah yang dicalit pada ruangan ini memberi manfaat dan bukan cerita , cereka , seloka semata-mata. maka, hamba mencalit tinta dalam usaha menyelesaikan tugasan dan bersuka-suka pada masa yang sama. Ya, agak benar nenek hamba berpujangga " killing 2 birds by a stone" atau kata adik hamba yang baru lahir dalam rengeknya " menyelam sambil minum air"... hamba  diperintah oleh pensyarah kami untuk menulis cerita berdasarkan 6 helai daun yang kami kutip sepanjang perkhemahan beberapa hari yang lepas dalam Pandu Puteri 2. maka, ceritera hamba pun bermula.....

SERAPUH DAUNAN.....






          Aku merupakan sehelai daun dari dahan yang rapuh dan semakin merangkak ke usia senja. Disebabkan kerapuhan itu, angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa dapat mematahkan dahan tempat aku menumpang kasih itu. Dalam kesamaran malam, aku diterbangkan angin kuat menuju ke suatu destinasi yang aku sendiri tidak ketahui. Benar kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Penerbangan aku yang tidak memerlukan tiket seperti penerbangan menggunakan MAS atau AIR ASIA itu banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Aku menyaksikan sahabat-sahabatku yakni para dedaun dibinasakan makhluk Allah bernama manusia. Allah memperihalkan manusia dalam kitab sucinya sebagai sebaik-baik kejadian. Dan Allah telah menyebut bahawa alam ini rosak kerana tangan-tangan manusia sendiri. Sebagai bukti kerakusan manusia, tempat kami menumpang bakti dihapuskan sesuka hati oleh sang manusia. Kalau manusia mendengar bicaraku, ku ingin mereka tahu betapa kematian kami merupakan alamat kematian mereka.




           Dalam kesejukan pagi itu, aku terjaga. Sedar tak sedar, badanku yang kering dek pancaran mentari pagi rupanya menumpang teduh dibawah sebatang pohon yang rimbun. Redup dan menyegarkan. Betapa aku ingin menjadi sebahagian daripada pohon ini. Dalam kesayupan pagi itu, aku mendengar tangisan sehelai daun dari rimbunan pohon yang hijau itu. Ya, aku hanya mampu memerhati dengan ekor mata. Daun itu kelihatannya manja dan menggoda. Warnanya hijau penuh kesegaran, menampakkan darah mudanya sebagai tunas yang baru. Tanpa segan silu, aku bertanya padanya perihal sebab musabab tangisannya. Katanya dia menangis bukan kerana kesedihan, tetapi dia menangis kerana keharuan. Daun hijau itu terharu dengan rezeki yang Allah tumpangkan padanya. Dia menangis kerana melihatku terkujur dalam keadaan menumpang bakti pohon yang juga ditumpanginya. Masakan tidak, perayaan musim bunga baru sahaja menjengah. Maka para daun dan bunga pasti sahaja sibuk menghiasi para pepohon yang ditumpangi oleh mereka. Tapi aku,? Aku keseorangan sedari tadi. Kasihannya makhluk yang terkapai-kapai seperti aku. Tapi aku harus kuat, ya aku haris kuat!




          Melihatkan rezeki yang Allah kurniakan padanya si daun hijau, tidaklah aku bermuram durja. Perjalananku sebagai daun yang semakin mereput masih belum bernoktah. Pasti saja Allah memberiku kesempatan untuk menikmati secebis pengalaman sebelum aku dijemputNya.




          Tengah hari itu, anak ulat bulu mendekatiku. katanya mahu menumpang teduh sementara dari panas yang menyengat. Masih ada manfaat rupanya aku. Aku berbicara dengan ulat bulu sehingga jernih air mataku  menuruni wajah keringku. Anak ulat bulu kehilangan jejak ibunya. Ya, tidaklah makhluk itu diciptakan untuk sia-sia. Aku setia menemanimu sungguhpun usiaku di penghujung batas waktu. Di dada langit, awan semakin berarak laju. Beralun bagai buih-buih di lautan pada hematku makhluk yang kerdil. Sekonyong-konyong, seekor kucing berhenti di hadapanku dan menguis-nguis badanku. Apa kemahuannya? Ya Allah, kasihanilah hambaMu.. Kucing hitam itu bermain-main dengan anak ulat bulu. Badan si ulat bulu berkecai dek cakaran rakusnya kucing hitam. Kasihani kami ya Rabb.. ulat bulu lebih awal menghadapMu padahal dia belum pun menginjak lantai  remaja. Sungguh benar janjiMu, ajal tak mengenal usia!




          Kucing hitam berlari-lari anak selepas melakukan jenayah kejam ke atas sahabatku. Dimana kewarasannya. Apa nyawa itu murah bagi engkau si kucing hitam? Nyawa bukanlah bisa dibeli di pasar malam! Aku hanya mampu menangis sambil badanku dilapah angin panas. Sedar tak sedar, aku rupa-rupanya terlekat pada gula-gula getah yang terlekat pada kaki si kucing hitam . Owh, rupa-rupanya si kucing hitam cuba membuang gula-gula getah ketika singgah di bawah pohon, tapi tempiasnya terkena pada anak ulat bulu dalam usahanya itu.Sepatutnya aku tidak bersangka buruk pada siapapun, tapi yang pasti, tidak mungkin si kucing hitam yang mengunyah gula-gula itu. Sungguh, pasti manusia yang membuang sesuka hati gula-gula getah sehingga menjadi penyebab kematian sahabatku. Cis, betapa pengotor dan jijiknya manusia!




          Sedar tak sedar, kucing hitam berhenti di sebuah rumah besar lagi cantik. Entah siapakah gerangan penghuni rumah ini?Tiada sekelumit noda hama. Bersih dan kemas. Rupa-rupanya masih ada makhluk bernama manusia yang mengamalkan kelestarian alam. Aku memerhati kiri dan kanan. Kelihatan seorang wanita bertudung hitam membelai daun pokok bunganya. lembut dan mengasyikkan. Tanahnya digembur, dibaja dan dia berbicara dengan pokok bunganya itu. Sebagai daun, aku mampu melihat spesiesku menggeliat sambil tersenyum dengan wanita berkenaan. Sungguh, aku tidak pernah melihat fenomena seperti ini! Jujur aku cemburu! mereka seolah-olah berbicara dan memahami bahasa masing-masing. Tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah itu juga seolah-olah menyanyi riang tatkala melihat wanita berkenaan. Aku pasti mereka dibelai dan dikasihi oleh wanita itu. Ya Allah, benar kataMu, bila manusia berbakti pada tanah, tanah itu akan turut berbakti pada mereka. Sungguh beruntung mereka yang mengikut aturanMu. Wajahku mengukir senyuman. Masih ada rupanya yang menghargai alam. Moga-moga mereka ini tidak sekadar manis di mulut, tapi juga tidak cuak di langkah dalam membantu makhluk yang lain pula. Perkenankan doaku ya Khalik...




          Sudah beberapa peristiwa aku lewati dalam pantasnya marathon waktu, dan aku bertemu 2 spesies daun yang menghadapi nasib yang berbeza. Owh, sedihku pada si ulat bulu masih bersisa. Rinduku pada pohon lama juga masih tersemat di jiwa. Seingat aku, aku mempunyai sahabat yang akrab denganku. Kami juga menumpang teduh pada pohon yang sama. Tapi itu peristiwa yang lampau. Kami juga sering bersengketa, padahal butir bicaranya bukanlah sebesar mana. Ya, benar kata orang, "perkara yang kecil suka diperbesar".. Kami cukup gembira kerana sudah bersama sejak sekian lama. Walaupun kerap bermasam muka, tapi air dicincang tidak akan putus. Aku menganggapnya sebagai darah daging atau lebih tepat akar uratku sendiri. Entah mengapa aku kerap teringat padanya lewat ini.  Mungkin  aku terlalu meratapi kematiannya. Seperti aku, dia juga makhluk Allah yang bersemangat. Dia suka bergurau senda dengan makhluk Allah yang lain seperti cengkerik, kelip-kelip dan burung yang suka lalu-lalang dan hinggap pada dahan tempat kami bercambah. Indahnya saat itu. Sedang kami bergembira dan bersuka ria dengan sang pipit, tiba-tiba seketul batu menembusi sahabatku si daun bersemangat itu. Rupa-rupanya ada hamba Allah yang berniat melastik burung tapi terkena pada dia sahabatku. Apakan daya, urat-urat daun terputus sekali pada masa itu. Sungguh benar , kita hanya menghargai bila sudah tiada.




          Aku terbatuk-batuk kecil. Mungkin saja batukku mengganggu kucing hitam ini. Dia sedar aku masih terlekat di kakinya, tapi dia membiarkan saja aku di situ. Mungkin saja dia tidak mahu kesilapannya yang sama berulang lagi. Belajar dari kesilapan itu pastinya lebih baik daripada tidak membuat kesilapan langsung. Itu merupakan salah satu daripada proses pembelajaran tetapi pastinya meraih pengalaman melalui kesilapan memerlukan kita mengorbankan sesuatu yang penting. Aku sedar, masaku sudah hampir tiba. Allah bisa saja mencabutku dari ruang dunia dengan sekelip mata. Aku masih diberi kesempatan untuk muhasabah dan memperbaiki diri, maka aku harus bersyukur untuk itu.




          Bunyi burung berdecip, bunyi ayam berkokok. Aku membuka mata kejap-kejap kerana enaknya dibuai melodi angin yang berpuput. Ada suatu bunyi yang sayup kedengaran di telinga. Makin lama makin mendekat. Dari kejauhan, aku melihat wanita yang bertudung hitam semalam menghayunkan penyapu ke kiri dan ke kanan. Aku berlagak tenang. Pasti saja kucing hitam membawaku jauh dari situ. Tidak mungkin kucing hitam menggali kuburnya sendiri dengan membiarkan dirinya dihalau dan diusir. Tidak seperti jangkaanku, wanita berkenaan mengusap kepala kucing hitam dan mengangkatnya ke ruang tanah rumput dimana ada makanan tersedia. "Memberi makan makhluk Allah dijanjikan ganjaran olehNya". Aku juga mengerti itu. Seperti orang disorongkan bantal, kucing hitam menjamah hidangan dengan lahapnya. Alahai kucing hitam, adab makan itu penting dan refleksi atau cerminan diri mereka. Tapi aku harus sedar, dia hanyalah seekor makhluk yang tidak dikurniakan otak oleh Tuhan, maka dia tidak bisa menjaga tatasusilanya.Walaupun begitu, kucing hitam masih berperilaku baik jika dibandingkan dengan segelintir makhluk di luar sana, bukan saja tidak beradab, malah tidak berotak dan tidak bertatasusila dengan tingkah laku yang tidak bermoral! Aku mendengus sendiri dalam benakku.




         Klimaks hidupku makin sampai ke kemuncaknya, aku dapat membayangkan kereputanku akan menjadi sebuah humus bagi kelestarian tumbuhan yang lain. Aku yang sedari tadi terlekat pada kucing hitam sudah dibuang ke dalam timbunan daun-daun yang disapunya seketika yang lalu. Di situ aku bertemu dengan 2 helai daun yang bertimbun di atas dan dibawahku. Daun di atasku menangis dan daun di bawahku redha dengan kejadian yang menimpanya dan itu yang sepatutnya..Kami akan dibakar dan ini akan membawa pada masalah pencemaran pula. Hai manusia, udara ini juga yang akan engkau sedut untuk dirimu dan zuriatmu kelak. sempat aku bertasbih dan memuji keagungan Allah atas ilmu yang diberikan kepada aku dan makhluk sekitarku. Diperintahkan aku dan sahabat-sahabatku untuk membekalkan oksigen sebagai manusia dan sebagai ganti pula kami diberikan karbon dioksida. Situasi menang-menang lagaknya! Pun begitu, hangatnya api yang semakin membakar kami ini sedikit cuma dibandingkan dengan balasan yang Allah berikan kelak pada hambaNya yang alpa. Selamat tinggal sebuah dunia sebagai jambatan kehidupan yang lebih kekal di sana kelak...




















Monday, October 4, 2010

anime cute kitten Pictures, Images and Photos

surat cinta untukku

Aku menyelak lembaran demi lembaran surat yang dikirimnya. Pipiku terasa merah setiap kali terkenangkan peristiwa pagi tadi.saat aku pertama kali melafazkan kata Cinta PADANYA.. Hanya DIA yang mengerti betapa gentarnya aku saat berhadapan DENGANNYA nanti. dup dap dup dap melodinya.

SEJAK ITU,AKU TUNGGU MESEJ DARIMU.. DAN KU AKAN DATANGIMU UNTUK 5KALI SEBAGAI PERMULAAN YANG BARU.. AKU AKAN SETIA PADAMU.. BEGITU JANJIKU PADAMU.

aku malu pada awalnya. saat jari manisku menatap lembar-lembar surat CINTANYA, jiwaku resah tiada hala. Hanya lirik PANDANGANNYA yang bercahaya membuntuti langkahku dari tingkap dunia.. Allah, sekali lagi aku malu!Tiada pernah aku melalui atmosfera 'pelik' sebegini.

kata org, cinta itu indah.. ya benar.. sangat indah.. percayalah.. MENCINTAIMU.DEMI ENGKAU, Aku akan berjuang demi CINTA SUCI KITA, kerana aku sedar, sedari awal lagi aku sudah mengahwini waktu dan takdir yang ENGKAU MILIKI.. aku sudah nekad bercerai dengan jahil dan bodoh yang sengaja ENGKAU kirimkan untuk menguji CINTA yang ingin ENGKAU sampaikan melalui LAMARAN itu dari berbondong-bondong UTUSAN seketika lalu..padaku..

bagaimana harus aku balas CINTAMU ya?
mataku tertumpu ke arah jam di tangan. 1.30PM. Allah, aku ada temujanji DENGANNYA! pakaian akhlak indah yang kusarung, wangian iman yang kusembur hanya untuk bertemu DENGANMU..ingin ku berlama berbicara DENGANMU KASIHKU... HANYA KAMU. ya,hanya KAMU.

aku mengundur diri seketika untuk mengharung hadiah istimewa berupa rahmat dan ujian sebagai tanda hadiah dan kasih sayang DARIMU.. terasa jujuh mata renggang sementara dari DIA yang TERSAYANG.. aku tiada kisah dengan mereka yang mengajakku berjauh DARINYA.. BEGINI RUPANYA DILAMUN CINTA SEBENAR!

assigment dan kerja tengah menggung, tapi hatiku rawan dan rindu PADANYA.. beginilah rindu rupanya!.. KU TERIMA LAMARAN CINTAMU!..
HATTA ku baru TEMUIMU.. mana mungkin kulepaskan lagi.. hatiku melagu cinta PADAMU..

sudah malam begini, apa harus kukhabarkan pada ibu bahawa kuhanya MENCINTAIMU.kutakut mereka merampas CINTAMU dari diriku. Apa ibu akan restui CINTA KITA? bantu aku wahai KEKASIH.. wahai pengirim surat cinta. DEMI ENGKAU, aku rela dipinggirkan mereka.

Alhamdulillah, berkat doa dan sujudku PADAMU... ENGKAU DEKAT SELALU. Surat cinta yang KAU kirim melalui Rasul tercinta sudah sampai padaku. Kata Cinta dan nasihat yang di luah tersemat pasti dinubariku. Aku kini telah temui CAHAYA cintamu. Islam memberiku indah yang kurindu.. TERIMAKASIH ALLAH MAHA PENCINTA HAMBANYA. AKU JUGA HANYA CINTA PADAMU YA ALLAH. AKU REDHA MENJADI HAMBA CINTAMU.. TIADA CINTA SELAINMU, DULU KINI DAN SELAMANYA.BENAR, AKU CINTA PADAMU!

intro: pengalaman indah tak terbeli......cuti rayer katekan..

alahai seronoknya cuti raya..

10 malam: last packing(almaklum excited nak balik rayer kat kuching)

7.20 pagi: lepas dhuha, aku solat musafir dulu.. ya Allah, permudahkanlah perjalananku.. amin ya RabbalA'lamin..

7.45 pagi: dah ader kat tpt tunggu bus di foyer kolejku(kawan aku kata buz datang pukul 8, ( excitedku nak balik makin memuncak, well memandangkan flight aku dr klia ke kuch pukul 2.55, huhu besnyer balik petang, dapt tgok awan waktu siang agy..:) seronoknyer... iendu kat family aku membuak2 tu.)

8pg: ada satu bus tu betul2 depan aku.. tapi bus satu tingkat.. resit kat tangan kata bus dtg pukul 8.. hoho, aku apa agy, membuntuti kawan naik.. ada 7 org masa tu.. besnyer perasaan balik kpg)

8.30pg: bus tu dah stat gerak, ui besnyer.. jarang bus nak ke airport ni gerak cepat.. rasa pelik pulak, tapi ok je kot.. iendunye kat kamu kpgku,..

9.20pagi: bus ni berenti kat satu-satu tpt turunkan org kat kolumpo, aie.. peliknyer.. x pernahpun dia buat gny.. salunya bus aku naik jalan terus ke airport.

9.40 pg: hati aku rasa tak sedap r.. kenapa tinggal 7 org je ni..takkan ckit ni je nak balik kpg..

9.45pg: bus berhenti kat jalan hang tuah.. pak cik bus suruh kmi turun, dia kata dia tak disuruh pun pegi kat airport.. AKU SALAH BUS!!! kawan aku kata, bus dr hang tuah takde yg ke airpot lagi..aku xtahu jln ke airport dr kolumpo tu.. aku x pandai, dan menggerunkan lagi , aku punya flight yg paling awal, ya Allah dugaan apakah ini?? bantu aku ya Allah..

9.50 pg: mood nak balik kpg jadi hilang( tulah , patutnyer aku x excited gny, dah tau perancangan Allah tu lagi hebat)

9.51 pg: stat dari awal lagi aku dah berdoa, tapi kali ni, rintih hatiku agar Allah permudahkan lagi hebat.. hanya PadaMU ku minta ... hanya Engkau ya Rabb..

9.52pg: aku tengok teksi lalu lalang.. kat blkng ada komuter tau lrt ntah.. tapi aku x tau naik..alahai, sadisnya...

9.53 lebih kurang: kawan aku suruh naik je lrt ke komuter tu.. dia nak tunggu bus yg sebenar.. sebab pemandu tu kata bus lagi satu akan dtg kejap gy.. rupanya bus yg patut aku naik tu baru je gerak pukul 9.30 tadi.. em,,ape2 je..

10.00pg: aku tunggu punya tunggu, bus tak dtg jugak, .. ketua pemandu bus tu kate bawak je kami 7 org g airport..tapi dia taknak... dia nak mundar-mandir je sambil tkut dipertanggungjawabkan kalo kami naik bus dgn muka pucat... .. kecian pulak aku tengok..

10.1o pg: bus tak dtg2 lagie.. ya Allah, ya Allah...

10.15pg: aku tanya org rumah, kalo flight esok pukul bpe ade.. dia kata ada flight utk esok, tapi sekitar rm7oo... aku xde duit ya Allah.. huhu.

10.16pg: aku nekad, kalo xde jugak, aku naik teksi.. aku redha ya Allah..

10.17(macam seminit2 je): dlm hati aku menangis.. aku pohon keajaibanMu ya Allah.. kat kota raya besar ni. ai.. aku x suka bandar besar....(hatiku menangis)

10.20pg: pemandu bus tak henti-henti telefon bus satu lagi tu.. nampak gaya macam kene marah je.. katanya bus tu terlekat kat jalan duta, jem.. aduh gementarnyer..

10.21pg: bus x kunjung tiba.. hanya gelisah yg melanda..

10.30pg: aku kalut .. (itu je kot)

10.35 pg: ya Allah, em, gnilah manusia.. dalam sukar baru ingat Dia..

10.36pg: SYUKUR PADAMU YA ALLAH.. bus datang dalam sedih hati yg berbondong-bondong..kan betul aku kt kat diri sendiri, bus yg ke airport xadernyer setingkat je.. pemandu ngan penumpang dia tengok aku semacam je.. macam buat kesalahan mandatori lagaknya..

10.40 gitu.: patutkah aku rasa lega? hehe, aku hanya memanjatkan kesyukuran pada yang Memiliki.. Dialah pemilik masa.. terasa rahmatNya turun mencurah.. home, im back!! insyaAllah..yahoo..

10.50pg: duduk kat tingkat bus paling bawah, berhimpit dengan beg bagasi)bayangkan)..tapi xpe, janji sampai je, selesa tak selesa perkara kedua. kami 5 org(yg dua lagi tingkat ke2) siap berbual bicara,memasing tersenyum sumbing.. (tapi tadi semua muka dah nak jatuh menyembah bumi, almaklum tertekan memanjang).. inilah lecturer aku kata"pengalaman yg x boleh dpt dalam bilik kuliah".. jadi, patutkah aku buat selalu?

11.00pg: nada dering telefon berbunyi ceria. msg dr kakak akulah.. dia hujankan aku soalan bertubi2.. soalannya berbunyik" ko yakin ke, flight pukul 2? " dia risau, katanya jiwanya tak tenang.. ayah aku pun asyik tanya dia katanya" (owh.. rupanya naluri makbapak kita bleh tau keadaan kita, sungguh Hebat Engkau ya Rahman.)nasib baik dah naik bus, kalo x, mesti aku punya pipi dah menjadi sungai tpt mengalirnya air mata syahdu..

11.45pg: aku tiba.. Terima kasih ya Allah... aku sempat shopping ni...(beli barang utk prg rumah belake)

1.30 ptg dan selanjutnya.. aku nak boarding ni.. jadi aku off hp dulu.. salam semua.. ambik pengalaman aku jadikan sempadan.. hikhik.. syukur padaMu ya Allah..

aku bagitau parent aku, korang je yg tau.. jadi diam2 je ye.. salam...